Thursday, October 23, 2008

i'm Chelsea Fan...



Semenjak kecik lagi Aku ni seorang yang suka tengok game bola, main bola, tapi bukan makan bola la...heheh(x sedap).Dulu Aku nak tengok bola jarang - jarang sekali dapt la tengok, xpon dapat tgk highlight dalam buletin utama dan berita jam 10..skang Aku dah ade astro hehe...setiap ujung minggu Aku lepak ngan bebudak umah sewa Aku tengok bola...

Game yang Aku tengok game bola EPL(English Premier League) dan my fav club adalah Chelsea Football Club...Kelab ni ada kisahnya yang tersendiri yang membuat Aku minat tengok diorang ni main...bukannya Aku x minat sukan bolasepak Malaysia tapi korang tahu sajalah apa yang dah terjadi dengan suasana dan keadaan bolasepak negara kita skang...tapi kalo Malaysia ada game Aku tetap sokong...skang ni pon team Malaysia blom kalah lagi dalam Pesta Bolasepak Merdeka menentang negara2 yang x kurang hebatnya...hehe..

Waktu Chelsea buat jelajah asia sebelum pembukaan EPL...Chelsea telah datang ke negara kita untuk perlawanan persahabatan dengan team bolasepak Malaysia bagi mengakhiri jelajah mereka...Aku memang tidak melepaskan peluang tu...itulah kali pertama aku melihat dengan dekat pemain2 kelab yang Aku minati...tinggi2 semuanya..haha.Malam tu Chelsea hanya menang 2-0 jer dengan team negara kita hasil ledakan Anelka dan A. Cole...ade gak terasa cam bangga dengan team bolasepak negara kita ni...hehe..

Apa-apa pon Aku tetap peminat tegar Chelsea...Nicholas Anelka, Didier Drogba, Salamon Kalou, Joe Cole, Florent Malouda, Frank Lampard, Deco, Michael Ballack, Michael Essien, Obi Mikel, John Terry, Ricardo Carvalho, Jose Bosingwa, Ashley Cole, Paulo Farreira, Juliano Belleti, Wayne Brigde, Alex, Petr Cech, Carlo Cudicini antara nama nama pemain utama Chelsea...Frank Lampard dan Deco adalah playmaker untuk Chelsea. Selain itu Chelsea juga terkenal antara pertahanan yang terkuat dalam liga Inggeris.

Chelsea telah mencatatkan rekod perlawanan blom tumpas di gelanggang sendiri di Stamford Bridge...Ramai team yang gentar bila bertemu Chelsea di Stamford Bridge...dengan kehadiran pengurus baru Luiz Fellipe Scolari telah menambahkan lagi kemantapan skuad Chelsea...selepas ramai pengurus sebelum ini seperti Raineri, Jose Morinho, Avram Grant - Scolari kelihatan lebih menyerlah dalam membimbing Chelsea.Walaupon skuad Chelsea sebelum ni mengalami banyak spekulasi selepas Morinho meninggalkan Stamford Bridge namun pada tahun ni Chelsea telah menunjukkan mereka adalah skuad yang terbaik sekali lagi untuk merampas gelaran Juara Liga Inggeris.

GO CHELSEA....!!!!

No comments: